Minggu-Minggu Sibuk (Sebelum Puasa)
Alhamdulillah.. Dalam kesibukan saya menyiapkan beberapa projek, tadi sempat juga saya menghantar ayahanda tersayang ke terminal 4 KLIA untuk ke Chennai, India.. Ya, ayah saya mula kerja sejak umur 18 tahun lagi sebagai pegawai kerajaan tapi pada umur 51 tahun baru dapat ke luar negara atas urusan tugas +lawatan dengan pihak MDec..
Saya doakan ayah selamat pergi dan selamat sampai di KLIA kembali..
—————————————————–
Tempahan Salesletter Ditutup
Secara rasminya tempahan perkhidmatan menulis salesletter (RMCopy.com dan lain-lain laman web) ditutup seketika kerana saya agak busy menyiapkan beberapa kemasan projek.. Biasalah.. Bila dah kerja solo ini, kita kena siapkan kerja-kerja sendiri selain outsource kepada orang lain yang dipercayai.. Perghh ada banyak benar kerja-kerjanya yang perlu disiapkan ni..
Jadi saya tidak menerima tempahan menulis salesletter buat sementara waktu kerana kesibukan menyiapkan projek-projek.. Dan saya juga tidak akan menerima projek-projek dibawah nama orang lain (maksudnya saya buat kerja tapi orang lain dapat nama) kerana walaupun dapat duit, tapi kepuasan itu tak tercapai.. Harap maklum..
Buku Rahsia Membina Senjata Jualan
Hari Khamis yang lalu setelah saya pulang dari kampung, saya melawat ke laman web Azizi Ali iaitu MillionairesPlanet.com untuk melihat buku-buku terkini terbitan syarikat beliau.. Tertarik saya melihat buku terbaru yang bertajuk “Rahsia Membina Senjata Jualan” hasil tulisan saudara Zahrul Azua & Syed Akil.. Saya pun terus membelinya di laman web tersebut..
Saya menerima buku tersebut dalam sampul Pos Ekpress pada Sabtu lalu.. Saya terus membaca buku ini sekali harung sahaja kerana memang dalam situasi amat sibuk.. Dan ulasan saya cukup ringkas iaitu buku ini merupakan sumber rujukan menulis salesletter dalam bahasa melayu yang pertama di Malaysia.. Terdapat dua bonus tambahan iaitu analisa penulisan salesletter Zamri Nanyan (RahsiaMLM.Com) dan Amirul Faisyal (SistemRahsia.com)..
Buku ini sesuai untuk anda yang ingin menulis salesletter sendiri.. Siapa-siapa yang rasa terdesak nak menulis salesletter, bacalah buku ini untuk membantu anda.. Akan tetapi kalau anda tidak terdesak dan ada duit, gunakanlah khidmat pakar yer.. (ehem..ehem..)
Ucapan saya kepada penulis buku ini, Tahniah kerana mampu menghabiskan apa yang saya tak mampu mulakan untuk menulis buku mengenai salesletter walaupun pendekatan kita berbeza.. Ya, sebenarnya ia dalam perancangan saya tapi sebab asyik dengan kesibukan, saya pun hanyut.. Tahniah kerana menjadikannya realiti.. Memang tabik spring!!
Jangkahayat Saya Hanya Tinggal 2 Bulan Lagi!
Ya, dalam sedar atau tidak, jangkahayat saya sebagai Usahawan Internet Sepenuh Masa hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi dan selepas dua bulan lagi, saya tidak lagi Full Time IM yang duduk di rumah menyiapkan kerja-kerja lagi.. Bukan bersara, cuma menjadikan kerjaya IM ini sebagai parttime sahaja.. Mungkin selepas ini anda akan jarang nampak saya online lagi..
Walaupun pada asalnya ia adalah desakan dan janji kepada keluarga dan insan tersayang, tapi ia adalah keputusan saya sendiri pada akhirnya.. Saya mahu sambung belajar walaupun bukan di IPTA dan IPTS.. Saya mahu penuhkan ilmu di dada dan sambil itu tetap membuat duit dengan internet juga.. Yerlah.. Clickbank dah boleh diautopilotkan dan menjadikan hidup saya mudah.. Copywriting juga akan buat malam hari..
Ini maknanya saya tak hilang apa-apa.. Saya belajar dan bekerja siang hari (bukan kerja 9pagi hingga 5ptg), saya juga dapat duit dari internet di malam hari.. Saya muda lagi dan cabaran ini perlu untuk menjadikan hidup saya lebih bermakna..
Kesimpulannya, ia merupakan satu keputusan yang sempurna bagi saya.. Saya yakin.. Insya-ALLAH.. Semuanya akan menjadi hebat!
————————————————————-
Jumpa lagi pada masa akan datang..
-Fai-
PS: Muaz, saya akan send petang atau malam esok yer.. Thanks ![]()
