PositiveNoize WordPress Theme

Happiness Archives

 

Hidup Ini Adalah Sesuatu Yang Indah!

Alhamdulillah.. Akhirnya kita semua telah mengharungi lebih setengah bulan Ogos 2008.. Wah.. Tak lama lagi dah nak Ramadhan.. Tak sabar rasanya nak berpuasa dgn status single.. :P

Alhamdulillah.. Akhirnya masalah domain telahpun selesai walaupun kusut juga bergelut dengan pihak technical support hosting luar.. Takpe itu semua merupakan pengalaman hidup yang bernilai untuk saya.. Insya-ALLAH.. saya akan lancarkan projek 2D1 akan datang..

Alhamdulillah.. Akhirnya ALLAH S.W.T menyedarkan saya mengenai kesilapan yang telah saya lakukan dalam bisnes sebelum ini.. Kesilapan inilah yang menyebabkan bukan sahaja saya malahan ramai usahawan lain(bukan usahawan internet je) boleh jatuh menjunam.. Ini kerana sistem yang saya gunakan selama ini kurang efisyen dan sbgnya..

Alhamdulillah.. Saya dah lepasi rekod-rekod lama malahan lebih baik lagi dalam menjana wang dengan CB.. Boleh dikatakan kali ini saya dapat maintain bebebeberapa angka setiap hari.. Syukur ke hadrat Illahi kerana walaupun saya agak lemah dalam adsense, tapi alhamdulillah rezeki saya dalam jana wang dengan affiliate murah.. Alhamdulillah..

Siapakah Fai sebenarnya?

Fai atau nama separa penuhnya Faisal Isa kurang dikenali oleh para newbie yer (Oh! aku cuma penjaga booth buku yang ditemani awek cun hari tu).. Saya dah lebih 3 tahun berkecimpung dalam perniagaan internet ini dan segala jenis cabang pernah saya cuba kecuali E-Bay.. Kalau nak belajar e-bay, belajarlah dari Bro Noorizam.. Hehe..

Saya merupakan seorang copywriter Melayu (gunakan BM) yang sangat komited dalam industri pengiklanan.. Selain itu juga, saya adalah salah seorang online graphic designer yang design minisite serta ebook cover untuk projek-projek khas (member-member).. Seperti yang tidak dijangka, saya juga merupakan seorang ghostwriter selain seorang internet marketer.. Tapi kepakaran saya bukan setakat itu.. :)

Ramai yang tertanya-tanya, apakah tahap sebenar mamat yang bernama Fai ini.. Adakah Fai bertahap newbie ataupun otai? Hehe.. Dengan rasminya saya menjawab disini saya berada ditengah-tengah tahap tersebut.. Tapi apa jua tahap saya, itu tak penting.. Yang penting sejauh manakah saya enjoy dalam pekerjaan saya.. Itu lebih penting.. :)

Kerja Gila 2008

Pada tahun lepas, saya telah membuat satu kerja paling gila dalam hidup saya dengan menghantar video ujibakat untuk The Next Internet Millionaire.. Ya, video dengan muka yang biasa dan kualiti yang kurang.. Rasanya sayalah merupakan rakyat Malaysia yang pertama hantar penyertaan itu selain sorang lagi rakyat Malaysia (lupa nama)..

Pada tahun ini juga saya ingin membuat satu kerja gila istimewa untuk diri saya.. Ya, walaupun ia tidak seberani dahulu kerana tahun lepas saya sent video ke luar negara, tahun ini projek gila hanya dalam negara sahaja.. Bukan mahu mencuba-cuba, saya ingin memecahkan rekod saya pada tahun ini.. 3 tahun sebagai usahawan internet merupakan jangkamasa yang lama.. If i’m not growing, i’m dying!..

Tahun ini saya ingin mencabar mental dan fizikal saya dengan sesuatu perkara yang anda tidak pernah expect saya lakukan selama ini.. Atau dengan kata lain belum ada manusia yang melakukannya dengan cara saya lagi.. Hehe.. Nantikannya pada bulan puasa nanti…….

Mahu Balik Bercuti Ke Manong, Kuala Kangsar

Ya, pagi ini (Ahad, 17 Ogos) saya akan pulang ke kampung halaman saya bersama keluarga saya di Manong, Kuala Kangsar, Perak pada jam 11 pagi nanti.. Sepatutnya dah pulang malam jumaat tanpa saya, tapi ayah kena bagi ceramah pula malam tadi (Sabtu).. Jadi, apa salahnya saya ikut kali ini.. :)

Percutian ke kampung halaman kali ini mungkin selama 4-5 hari dan saya tidak membawa laptop ke sana.. Saya cuma akan membawa 3 buah buku bacaan dan 1 buku lukisan dan alat tulis.. Ini kerana tujuan saya pulang ke kampung kali ini untuk tolong mak ayah bersihkan rumah mereka dikampung di Ulu Piol selain ingin merehatkan minda seketika..

Jadi kalau anda hantar email kepada saya tapi saya tak balas, ia bukan bermaksud saya membenci anda yer.. Ia bermaksud saya belum pulang dari kampung lagi.. :)

Off topik jap.. Actually, anda perasan tak blog saya tak ada contact form.. Sebenarnya contact form tak pernah berfungsi sebelum ini termasuklah di blog IMMalaysia.. Siapa yang pernah send guna contact form tu paham2 je la yer sebab saya tak dapat.. Syyyhh.. Rahsia malam pertama tuuuu.. hehe..

Ingin Hubungi Saya?

Hehe.. Bab ni ramai yang marahkan saya ini.. Sebab ramai yang cuba contact saya tapi saya tak balas.. Yup, ada beberapa masalah teknikal yang tidak dijangka berlaku pada saya termasuklah hp rosak.. Untuk hubungi saya sebenarnya mudah je (baru tersedar).. Anda hanya perlu sms:

IM<space>FAI<space>Mesej Anda
Dan hantarkan ke 32244

Nota: Anda akan dicaj RM0.30 untuk setiap satu SMS. Err Kerana itu sahaja jumlah yang paling minimum.

Kalau anda hantar mesej kat YM (Yahoo Messenger) dan saya tak balas, ia bermaksud saya tak buka YM.. Yeah! Kena kurangkan chatting untuk meningkatkan produktiviti kerja saya.. ;)

Owh Ya.. Siapa yang dapat bisnes card dan yang ada no hp saya, anda boleh SMS saya sepanjang saya dikampung.. Saya pinjam hp adik saya sepanjang percutian saya dikampung.. Cuma line dikampung saya tak pasti clear atau tak.. Tapi sekali lagi diingatkan bahawa SMS sahaja yang saya terima dan saya takkan jawab call sepanjang di kampung.. :)

Jumpa lagi pada minggu hadapan dengan minda yang lebih fresh berbau durian sedikit.. Hehe..

Assalamualaikum..

-Faisal Isa-

PS: Aiseh Shuth, Penjaga Booth buku ni tak dapat sticker kereta WC ler.. Tak lama lagi dah nak pakai kereta dah.. Err.. Ada lagi tak sticker tu shuth? Hehe.. Baju dan beg pun tak dapat.. Tapi saya mau sticker saja.. hehe.. ;)

PPS: Semua orang nak ambil exam.. Catzer dengan exam PTD (Betul ke ejaan ni).. Bro Noorizam dengan exam istimewanya.. Adik bongsu saya baru lepas exam di sekolah.. Eh.. apa kaitan dengan adik saya plak.. Saya rasa tahun ni nak selesaikan dengan 2 exam penting dalam hidup (bukan exam SPM mahupun STPM).. Doakan saya berjaya.. :)

———————————————————-

Tawaran Istimewa Fai (Tawaran Percuma Fai):

Saya ada satu tawaran percuma hangat untuk anda. Seperti yang anda tahu saya ada keyword sms iaitu “IM” kerana saya membayar untuk mendapatkannya.. Sama seperti domain la juga.. Cuma saya tak sempat nak buat apa-apa dengan keyword tersebut..

Siapa yang berminat untuk dapatkan subkeyword sms daripada saya?

Sebagai contoh disini, saya letak subkeyword “Fai” pada keyword tersebut maka ia akan menjadi “IM<space>FAI” atau “IM FAI”.. Maka kalau nama anda ialah Teddy Bear dan anda pilih subkeyword “TEDDY”, aplikasinya akan menjadi:

Anda hanya perlu sms:

IM<space>TEDDY
Dan hantarkan ke 32244

Ia sangat gempak kan?

Apakah kegunaan subkeyword belakang keyword “IM” tersebut secara percuma? Hehe.. Banyak sangat kegunaannya sampai saya malas sedikit nak menaip.. Anda mungkin boleh tanya terus pada Abg Irwan Dahnil (My SMSBiz Sifu) untuk sedikit maklumat mengenainya..

Siapa yang mahu subkeyword belakang keyword “IM” tu secara PERCUMA sila angkat tangan! Eh, siapa yang nak subkeyword tu nyatakan sahaja kat ruangan komen atau sms je saya seperti diatas kalau private.. Kalau comment anda takde tu maknanya saya kena moderate dan saya akan moderate lepas saya balik dari kampung nanti.. :)
————————————————————-

 

Recent Posts

About PositiveNoize

PositiveNoize provides high-quality, (X)HTML & CSS valid commercial and free WordPress Themes to users of the WordPress software.

In addition, PositiveNoize also offers affordable WordPress Design & Integration services.

WordPress Theme By: PositiveNoize