Ia Sebuah Hakikat…
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sepatutnya malam ni saya nak launch projek laman web copywriter yang terkini saya.. Salesletter, mini site dan semuanya yang diperlukan telah siap tapi malangnya ada masalah dengan domain..
Dah tukar DNS dari semalam tapi sampai sekarang tiada perubahan langsung.. Baru lepas email pihak tersebut saya harap ia akan respon masalah saya secepat mungkin (kali terakhir saya email pihak ni ambil masa 48 jam baru dia respon).. Biasa ler beli dari pihak luar.. Hmm..
Jadi secara rasmi saya tunda launching site pada esok hari jika masalah ini dapat diselesaikan dengan segera..
Saya agak terkeciwa sedikit sebab untuk projek ni, saya dah tolak 5 Client RMCopy semata-mata nak siapkan kerja.. FaisalIsa.Com, RMCopy.Com, dan Copywriting.Com.My pun belum sempat dipulihkan.. Ya, dah dapat rasakannya dari pagi tadi dah bila masuk WC dan terbaca 1 post tu tiba-tiba rasa tak sedap hati.. Saya sanggup korbankan masa (termasuklah masa untuk jumpa client penting) dan wang semata-mata untuk fokus projek, adakah “orang lain juga begitu? Fikir positif Fai!
Sebenarnya setiap perkara yang berlaku tu ada sebab dan akibat.. Dan sebab ianya berlaku hari ini adalah kerana ALLAH S.W.T ingin menunjukkan bahawa masa untuk melancarkan projek malam ini merupakan timing yang tidak tepat bukan sahaja dari segi masa tetapi juga dari segi hati.. Paham-paham lah bila jiwa kacau, anda akan attract kekacauan..
Tarik nafas panjang-panjang….. Dan lepas… Jerit kuat-kuat dalam hati bahawa “Saya Lebih Besar Dari Masalah Ini!”
Jumpa lagi..
-Fai-
PS: Post pnjang yang lebih detail tntg Gath WC2008 akan saya buat juga.. Itu Janji saya!
———————————————————————-
Updated 8/8/2008 (9.45p.m): Dah 24 jam masih tiada respon dari pihak tersebut.. Tangguh lagi jawabnya.. ![]()









Ini masalah kecil..mungkin ada hikmah kenapa domain tu tak lps2 lagi setting dns..Takpe next time, kita akan learn provider mana yg ok skit untuk produk2 tertentu yg perlukan komitment lebih tinggi.