Kembali lagi dalam keadaan terbaik!
Setelah beberapa hari bercuti (Hampir seminggu juga menghilangkan diri), akhirnya saya dapat kembali dalam keadaan terbaik semula. Keadaan terbaik bermaksud minda hebat, jiwa mantap serta semangat membara..
Ya, ya.. Setelah melalui sesi brainwash dengan sifu saya (orang luar) dan setelah ditampar dengan kenyataan-kenyataan beliau, akhirnya saya kembali pulih sepenuhnya.. Saya lebih suka dimarah dan disedarkan sebegitu secara one on one(YM, call atau email) daripada disedarkan melalui post-post blog yang mencaci, menghina, downgrade orang lain untuk menyedarkan(boleh kena ISA ni)..
Kali ini saya sedar banyak perkara yang negatif mengelilingi saya sebenarnya.. Ia bukan sahaja persekitaran yang saya hadapi di dunia nyata (offline), ia termasuk persekitaran dunia online.. Tapi saya juga menyedari semua aura negatif ini dapat diatasi dengan mudah HANYA DENGAN PEMIKIRAN POSITIF.. Ini kerana proses manifestation:
Thought–>Feeling–>Action–>Result
Bukan itu sahaja, saya telah banyak belajar mengenai “bagaimana untuk memaksimumkan kepakaran sendiri ke tahap unlimited sehingga dapat menutupkan kelemahan yang ada dalam diri sendiri”.. Rupa-rupanya semua kepakaran yang ada pada saya adalah merupakan kepakaran yang saya inginkan..
Owh.. Cukup-cukuplah dulu.. Pendek kata, bulan Ogos 2008 ni permulaan saya terbang tinggi kerana “ketakutan terhadap kesempurnaan” itu akhirnya telah hilang dalam diri saya.. Buat pertama kalinya saya nak cakap, saya tidak dapat membantu anda untuk belajar Clickbank dan sbgnya secara personal lagi kerana saya ingin fokus on my biz n my affiliate marketing 100%..
Akhirnya saya telah pelajari sesuatu dari sifu, jika orang tidak serius dengan kita sama ada dalam bisnes atau sebagainya, lebih baik kita jangan pedulikannya kerana sampai bila-bila dia takkan serius.. First impression sangat penting dalam bisnes..
Dalam bisnes pun sama.. Bagaimana untuk tahu seseorang yang hubungi kita itu berminat jadi client bergantung kepada jumlah email mereka.. Jika lebih daripada 2 email yang mereka hantar tapi mereka terus hantar lagi, ia bermaksud dia tidak serius untuk menjadi client..
Daripada sibuk menghabiskan masa untuk perkara yang tiada mendatangkan faedah, lebih baik fokus kepada perkara-perkara yang lebih mendatangkan hasil..
“Jangan Jualkan diri anda dan masa anda kepada orang-orang serta perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah!”
Jumpa lagi dalam post akan datang..
-Fai-
PS: Saya terdelete fail blog ini semasa nak delete blog yang tak digunakan.. Tak sempat nak backup.. Tu yang nampak blog ni tinggal 1 post sahaja.. Biarkanlah.. Tak ada benda penting pun..









Ada2 , ada benda penting yang bro terdelete , Operasi Mustang
. ayat2 tu 